Oleh Arveent Kathirtchelvan

Saudara Ayman Rasydan Wong merupakan antara pengulas isu sosial tempatan yang saya hormati, walaupun saya secara peribadi sering berbeza pendapat dengannya. Akan tetapi, saya bersimpati dengan pandangan saudara Ayman tentang aktivisme alam sekitar arus perdana yang menjadikan saudari Greta Thunberg sebagai ikon.

Saudara Ayman memandang bahawa ucapan saudari Greta hanya penuh dengan semangat, bukannya memberi apa-apa solusi kepada isu pokok. Saya setuju. Orang ramai lebih suka kepada retorik lantang dan beremosi daripada perbincangan teknikal solusi. Sebab itu retorik UMNO-PAS tentang perpaduan ummah Melayu-Islam dan isu Lynas membawa kesan mudarat kepada Malaysia, kedua-duanya kosong dan tidak berasas, amat senang diterima orang ramai.

Akan tetapi, saudari Greta berusia 16 tahun. Kita tidak patut menjangka saudari Greta akan mempunyai kesemua jawapan kepada isu-isunya. Sebenarnya, mungkin saudari Greta memang ada sesetengah jawapan, tetapi masa yang tidak memadai untuk berkongsinya. Aktivis alam sekitar lain pula yang membawa solusi yang tidak dapat dicapai perlu dikritik.

Aktivis alam sekitar selalunya memnunjukkan sikap pesimis-optimis bercampur yang agak pelik. Jika menilai sesuatu pandangan yang mereka tidak suka, aktivis alam sekitar kurang percaya kepada keberkesanannya dengan berkata teknologi yang sedia ada tidak mencukupi. Jika mereka menilai sesuatu pandangan yang mereka suka, aktivis alam sekitar lebih senang berkata walaupun teknologi yang sedia ada tidak mencukupi, kita patut melabur lebih banyak duit kepadanya untuk menjadikannya lebih efektif.

Sebagai contoh, aktivis alam sekitar tidak suka akan tenaga elektrik yang dijana daripada bahan api fosil. Mereka mahukan tenaga elektrik hijau yang mengeluarkan karbon dioksida yang kurang. Mereka hendakkan tenaga elektrik boleh diperbaharui (renewable energy). Apabila seseorang itu kata kosnya terlalu tinggi kerana tenaga elektrik tidak akan dijana setiap masa (kalau kurang cahaya matahari, kuranglah tenaga solar) dan penstoran tenaga atau penjana sandaran terlalu mahal, aktivis alam sekitar akan kata kos akan turun dengan pelaburan lebih. Apabila dikatakan bahan buangan solar amat toksik dan sekarang tiada pun pelan pelupusan, mereka tidak berjawab. Apabila pengurangan sumber, seperti tanah dan logam, ditunjuk amat tinggi untuk renewable energy pun tiada jawapan.

Liberasi, yang membawa perspektif baharu, iaitu penggunaan tenaga nuklear bersama tenaga renewable,  dipandang serong. Kita menunjuk bahawa tenaga nuklear paling kurang pelepasan karbon, paling kurang pengurangan sumber, paling selamat jika dibanding dengan jumlah tenaga yang dijana dan paling sesuai diguna bersama tenaga renewable untuk memecut ekonomi serta kesejahteraan negara. Aktivis alam sekitar tidak mahu dengar. Mereka bertanya tentang bahan buangan radioaktif, kita menjawab dengan fakta tentang cara menanganinya pada jangka masa pendek dan panjang. Mereka bertanya tentang keselamatan, kita menunjuk sistem-sistem reaktor baru yang canggih dan menjadikannya jauh lebih selamat daripada mana-mana tenaga lain.

Mengikut pengalaman di atas, saya pernah berpandang kepada aktivis alam sekitar dengan kritikan semata-mata. Akan tetapi, selepas beberapa bulan, saya lebih memandang mereka sebagai rakan seperjuangan yang belum bersama kita. Merekalah yang berusaha di tengah jalan raya, berprotes tentang isu alam sekitar. Jika di luar negara ada saudari Greta, di sini ada Klima Action Malaysia – KAMY, KUASA serta organisasi lain. Mereka yang bertungkus-lumus membawa isu ini kepada orang ramai serta ahli-ahli politik. Pengkritik lain yang tidak melakukan kerja sebanyak itu perlu muhasabah diri dan tanya bagaimana untuk berjuang bersama mereka dan mengatasi kekurangan mereka.

Sebagai contoh, saudara Ayman berkata bahawa agenda environmentalism negara-negara maju tidak adil diimplementasi di negara membangun. Saya setuju. Saudara Ayman berkata negara-negara maju ini telahpun lepas fasa pembangunan mereka yang amat memudaratkan kepada alam sekitar dan kini telah beralih ke sektor perkhidmatan kurang karbon. Saya setuju juga, dan ingin menambah bahawa syarikat negara-negara ini mengguna negara membangun sebagai kilang mereka, sekaligus menjana pendapatan yang dikaut ke negara asal dan membiarkan pencemaran berada di negara membangun.

Jadi saudara Ayman bersediakah berkata bahawa imperialisme kapitalislah menjadi masalah pokok kepada kemusnahan alam? Bersediakah saudara Ayman berjuang mendapat dana yang diperlukan untuk membangun kapasiti hijau kita daripada negara imperialis yang menekan kita sekarang? Kita perlukan berbilion-bilion ringgit untuk menjadi negara hijau, saudara Ayman bolehkah membawa ulasannya tentang masalah pokok ini untuk mendapat dana percuma daripada negara maju kerana merekalah yang menyumbang kepada masalah ini?

Jika tidak, maka aktivis alam sekitar akan terus berjuang, akan terus beremosi dan akan terus cuba membawa kebaikan kepada rakyat jelata. Merekalah yang kita ada sampai golongan bijak pandai seperti saudara Ayman bertindak dan bukannya cakap kosong.

Kepada aktivis alam sekitar, teruskan perjuangan anda, tetapi jangan terlalu berpegang kepada emosi. Solusi kepada krisis iklim perlu berasas kepada fakta sains dan Liberasi telah menilai suatu aspek, iaitu penjanaan tenaga elektrik, dengan mendalam. Perjuangan kita berpaksi sama. Tujuan kita juga sama. Oleh itu, dengan rendah hatinya saya bertanya, tolonglah pandang kita sebagai kawan dan bukannya lawan. Jika kita hendak merampas kuasa daripada syarikat bahan api fosil, kerjasama antara tenaga nuklear dan tenaga boleh diperbaharui amat diperlukan. Bersama, kita dapat menggoncang dunia.

Imej Terpapar Daripada Vox.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.