#Liberasi: Empowering Malaysian Students To Speak

In light of a new Malaysia, we are launching #Liberasi, an initiative focused on efforts to promote a free, independent environment for Malaysian students in the UK to exercise their rights to freedom of speech without fear and intimidation as well as to moot for the revival of the Declaration on Students’ Rights to Freedom of Speech, Assembly and Association. This statement explains the details and motivations behind our initiative.

Background

The #Liberasi initiative is the namesake of #Liberasi, an open platform for Malaysian students founded by Arveent Kathirtchelvan, in 2017 to undertake projects that are in line with its philosophy – revisionism, freedom and responsibility.

Over the course of its’ existence, #Liberasi has actively advocated for open and honest discourse among the Malaysian student community in the UK. In late 2017, we were involved in the drafting of a Declaration on Students’ Rights to The Freedom of Speech, Assembly and Association alongside a committee of student leaders in the UK. Several rounds of revisions were made and presented to the Supreme Council of UKEC which comprised of representatives from Malaysian student societies in the UK. A motion was put forward at the UKEC Annual General Meeting of 2017 to mandate the UKEC Executive Council to implement certain parts of the declaration. The voting was, however, postponed to the UKEC Ordinary General Meeting of 2018.

Between January and March 2018, the United Kingdom and Eire Malaysian Law Students’ Union (KPUM) commissioned a study on the students’ perception of freedom of speech and what can be done to better it. The survey was later presented in the UKEC Ordinary General Meeting of 2018 but the Supreme Council had decided not to mandate the Executive Council to implement the study.

The tides have turned, let’s end the culture of fear

As individuals who were heavily involved in the early stages of the creation of the Students’ Declaration, it can be argued that opposition to the idea was primarily motivated by fear. Student leaders were often under the impression that the Government will repress students’ freedom even further if they had stood together to support and protect the rights of their members. Some were worried that the implementation of the Student’s Declaration may cause JPA and MARA scholarships to be retracted, while others thought that doing so may be contrary to the interest of their sponsors and thus jeopardise the funding of their respective societies. Recent news reports have revealed that a ‘research unit’ under the former prime minister’s office is also involved in spying on critics of the previous government both in Malaysia and abroad, so the unspoken fear and suspicion of being watched in Malaysian student circles may not be too far off from the truth.

A recent survey conducted among 188 respondents on the freedom of expression has revealed that 79% of Malaysian students in the UK felt that the current state of law do not give them the freedom to express themselves without fear. 70% of the respondents also felt that their right to freedom of expression is not well protected under Malaysian law and that the current limits to their freedom of speech is unjustified. The figures speak volumes about the prevalent culture of fear among Malaysian students in the UK.

Now that we have a change of government, it is time for Malaysian students to step out of the shadows of fear and onto the plate to chart the new course for the country. Over the past few months, we have also noted a more active, open and bold dynamic among the Malaysian students community in the UK. UKEC, for instance, have banded together with KPUM on a campaign against the passage of the Anti-Fake News Bill 2018. A petition against the Bill was also initiated by KPUM and the signatures were later passed on to government officials as well.

More recently, UKEC and KPUM have also joined hands with umbrella student bodies in Australia and France to bring the issue of the late delivery of postal ballots to light, apart from their own initiatives to promote voter awareness and encourage Malaysian students to vote. This progress shows that Malaysian students can indeed achieve a lot through the spirit of camaraderie and a shared vision to make a better Malaysia.

Empower Malaysian students as agents of change

Moving forward, it is key that such progress is continuous and to advance further than where it currently stands. With the change of government, Malaysian youths play the dual role of keeping the new government in check, lest there is abuse of power; and to actively engage themselves in rebuilding the nation, lest the interests of young people are sidestepped.

In order for Malaysian students to do so, we believe that the platforms and environment must also be made conducive, free and independent for Malaysian students to exercise their right to freedom of speech. The implementation of the Students’ Declaration may just be the first step in creating such an environment. The Students’ Declaration calls for student leaders in the UK to convene and agree upon a document that communicates their intention to uphold, respect and protect the rights to freedom of speech, assembly and association and to form a camaraderie amongst students.

Besides that, we believe that a petition should be made to lobby the Government to make institutional changes that ensure the protection of student’s rights in accordance with the Federal Constitution.

Moving forward

Following all that has been said in the above, Liberasi will be taking steps to help create a free, independent environment for Malaysian students to express themselves. Below are (but not limited to this list) some of initiatives we will be taking:

  1. Pitch the idea of the potential adoption of the Students’ Declaration to representatives of Malaysian student bodies in the UK. We believe that this idea can also be implemented by student bodies in other parts of the world. Thus, we will attempt to contact to representatives of student societies in UK and in other parts of the world to discuss the matter and how we could go forward with the Student’s Declaration; and
  2. Initiate an online petition calling on the new government of Malaysia to take steps to allow student societies to be free and independent from interference of the government authorities, as well as to encourage the participation of students in areas like activism and nation-building. We are well aware that the new Minister of Education have expressed his intention to abolish the UUCA 1971 but we believe that there are other considerations in relation to student’s freedom of expression that also deserves to be taken into account by the Ministry.

Do follow our page @Liberasi for more updates on our work.

Team Liberasi (in no particular order):

Arveent Srirangan Kathirtchelvan

Goh Cia Yee

Michelle Liu

#Liberasi: Memperkasakan Hak Mahasiswa untuk Bersuara

Dengan semangat Malaysia Baru, kami melancarkan #Liberasi, sebuah inisiatif bertujuan untuk mempromosi platform dan persekitaran yang bebas bagi mahasiswa Malaysia di United Kingdom untuk bersuara tanpa rasa takut dan intimidasi, serta menghidupkan kembali idea dan aspirasi Deklarasi Hak Pelajar Mengenai Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan. Kenyataan ini menerangkan butiran dan motivasi di sebalik inisiatif kami.

Latar Belakang

#Liberasi (inisiatif ini juga mengambil nama yang sama) merupakan suatu platform terbuka bagi pelajar Malaysia untuk melaksanakan projek-projek yang selaras dengan falsafahnya – revisionisme, kebebasan dan tanggungjawab. Platform ini diasaskan oleh Arveent Kathirtchelvan pada tahun 2017.

Sepanjang kewujudannya, #Liberasi telah menyokong secara aktif wacana terbuka dan bebas dalam kalangan masyarakat pelajar Malaysia di UK. Pada akhir tahun 2017, kami terlibat dalam penggubalan Deklarasi Hak Pelajar Mengenai Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan bersama para pemimpin pelajar di UK. Draf Deklarasi Hak Pelajar telah disemak semula secara berperingkat dan akhirnya, dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UKEC yang terdiri daripada wakil-wakil dari masyarakat pelajar Malaysia di UK. Seterusnya, satu usul telah dikemukakan di Mesyuarat Agung Tahunan UKEC pada tahun 2017 untuk memberi mandat kepada Majlis Eksekutif UKEC bagi melaksanakan mekanisma yang terdapat di dalam Deklarasi Hak Pelajar. Walau bagaimanapun, pengundian itu telah ditangguhkan ke Mesyuarat Agung Biasa UKEC tahun 2018.

Sepanjang bulan Januari hingga Mac 2018, Kesatuan Penuntut Undang-Undang Malaysia di United Kingdom dan Eire (KPUM) telah membuka satu kajian bagi mengenalpasti persepsi pelajar di UK berkenaan kebebasan bersuara. Hasil kajian tersebut telah dibentangkan di Mesyuarat Agung Biasa UKEC tahun 2018, tetapi Majlis Tertinggi UKEC telah memutuskan untuk tidak memberi mandat kepada Majlis Eksekutif untuk melaksanakan apa-apa tindakan terhadap kajian tersebut.

Keadaan politik di Malaysia telah berubah, budaya ketakutan itu juga perlu berubah

Sebagai individu yang terlibat dalam penggubalan Deklarasi Hak Pelajar, kami boleh mengatakan bahawa kebanyakan penentangan yang diterima oleh idea itu didorong oleh ketakutan. Kebanyakan wakil pelajar mempunyai tanggapan bahawa pihak kerajaan akan menindas kebebasan pelajar dengan lebih drastik jika para pelajar bersatu padu menyokong dan melindungi hak bersuara satu sama lain. Ada juga yang bimbang biasiswa kerajaan seperti JPA dan MARA akan ditarik balik jika idea Deklarasi Hak Pelajar itu disokong dan dilaksanakan. Segelintir wakil pelajar juga berpendapat bahawa menyokong dan melaksanakan idea Deklarasi Hak Pelajar itu bertentangan dengan kepentingan pihak yang menaja persatuan mereka, seterusnya menjejaskan pembiayaan persatuan yang diwakili oleh mereka. Segelintir media portal telah melaporkan bahawa suatu ‘unit penyelidikan’ yang ditempatkan di bawah pejabat bekas perdana menteri juga terlibat dalam aktiviti pengintipan ke atas mereka yang kritikal terhadap kerajaan tidak kira di dalam mahupun luar negara. Ketakutan dan kecurigaan yang dirasai oleh wakil pelajar di sini mungkin tidak terlalu jauh dari kebenaran.

Suatu kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 188 responden bagi meninjau persepsi kebebasan bersuara telah mendedahkan bahawa 79% pelajar Malaysia di UK berasa bahawa undang-undang Malaysia tidak memberi mereka kebebasan untuk bersuara tanpa rasa takut. 70% dari responden juga berasa bahawa hak bersuara mereka tidak dilindungi dengan baik di bawah undang-undang Malaysia dan batas yang ditetapkan ke atas kebebasan bersuara adalah tidak wajar. Peratusan yang dinyatakan di atas menonjolkan budaya ketakutan yang ada dalam komuniti pelajar Malaysia di UK.

Dengan perubahan kerajaan, tibalah masa bagi para pelajar melangkah keluar dari bayang-bayang ketakutan dan memainkan peranan mereka dalam mencarta arah baru untuk negara tercinta. Malah, belakangan ini, kami mendapati bahawa komuniti pelajar Malaysia di UK adalah lebih aktif, terbuka dan berani. Sebagai contoh, UKEC bersama dengan KPUM telah melancarkan kempen menentang kelulusan RUU Anti-Berita Palsu 2018 di parlimen. Satu petisyen juga dimulakan oleh KPUM dan kemudiannya diserahkan kepada pihak kerajaan.

Baru-baru ini, UKEC dan KPUM telah bergabung dengan badan-badan perwakilan pelajar Malaysia di Australia dan Perancis untuk membawa isu kelewatan penghantaran undi pos ke perhatian pihak SPRM. Selain itu, badan-badan ini mengambil inisiatif untuk mempromosi kesedaran dan menggalakkan pelajar Malaysia untuk mengundi. Kemajuan ini menunjukkan bahawa para pelajar amatlah berpotensi untuk mencapai matlamat yang dituju dengan semangat persahabatan dan visi yang sama, iaitu menjadikan Malaysia lebih baik.

Memperkasakan mahasiswa sebagai agen perubahan

Adalah penting bagi kemajuan yang dinyatakan di atas untuk berterusan dan bertambah baik. Dengan perubahan kerajaan, anak muda memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kerajaan baru supaya pihak pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa. Anak muda juga memainkan peranan penting melibatkan diri secara aktif dalam pembinaan semula negara dan memastikan supaya kepentingan orang muda tidak diabaikan lagi.

Bagi membolehkan anak muda memain peranan mereka, kami percaya bahawa adalah penting untuk mewujudkan platform yang kondusif dan bebas bagi anak muda supaya mereka boleh bersuara dengan bebas. Oleh itu, kami percaya bahawa pelaksanaan Deklarasi Hak Pelajar merupakan salah satu langkah untuk mewujudkan platform yang sedemikian. Deklarasi Hak Pelajar menyeru para pemimpin pelajar di UK untuk bekerjasama berlandaskan satu garis panduan yang bertujuan untuk menegakkan, menghormati dan melindungi hak bersuara mahasiswa serta membentuk semangat kebersamaan di kalangan pelajar.

Di samping itu, kami percaya bahawa suatu petisyen perlu diwujudkan untuk melobi kerajaan baru untuk melaksanakan reformasi institusi Malaysia bagi memastikan hak bersuara pelajar dilindungi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Langkah seterusnya

Berikutan perkara yang telah disebutkan di atas, #Liberasi akan mengambil inisiatif untuk membantu mewujudkan persekitaran bebas bagi pelajar Malaysia supaya mereka boleh bersuara dengan bebas. Berikut adalah inisiatif yang akan kami ambil (tetapi tidak terhad kepada senarai ini):

  1. Menerangkan Deklarasi Hak Pelajar kepada wakil-wakil badan pelajar Malaysia di UK dan membincangkan potensi pelaksanaan deklarasi ini. Kami juga percaya idea boleh dilaksanakan oleh badan perwakilan pelajar Malaysia di negara lain. Oleh itu, kami akan menghubungi wakil-wakil pelajar di UK dan di negara lain untuk berbincang mengenai perkara ini dan bagaimana Deklarasi Hak Pelajar ini boleh diteruskan; dan
  2. Memulakan satu petisyen atas talian yang menyeru kerajaan baru Malaysia untuk mengambil langkah bagi mewujudkan badan perwakilan pelajar yang bebas daripada campur tangan pihak kerajaan, serta menggalakkan penyertaan pelajar dalam bidang seperti aktivisme dan pembinaan semula negara. Kami sedar bahawa Menteri Pendidikan yang baru telah menyatakan hasratnya untuk menghapuskan AUKU 1971, namun, kami percaya terdapat isu lain berhubung dengan kebebasan bersuara pelajar yang patut dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Ikuti halaman Facebook kami @Liberasi untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini.

Team Liberasi (tiada urutan tertentu):

Arveent Srirangan Kathirtchelvan

Goh Cia Yee

Michelle Liu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s